Rabu, 22 Januari 2014
SIHIR
Alam Jin dan Sihir
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Kita sering mendengar gangguan makhluk halus. Gangguan ini terdapat 4 jenis;
1-Sering diganggu
2-Kadang kala
3-Dikuasai oleh makhluk tersebut secara keseluruhannya
4-Ditumpangi oleh makhluk tersebut pada bahagian tertentu anggota badan.
Sebab-sebab diganggu berbagai-bagai antaranya;
1-Sebab ia diganggu oleh manusia lalu ia berdendam
2-Sebab ia suka kepada seseorang lalu ia mengganggu
3-Sebab dihantar oleh tukang sihir untuk memudharatkan orang tertentu.
Walaubagaimana pun kaedah untuk mengelaknya boleh dilakukan.Ia digalakkan bagi mereka yang terpaksa membantu perawat memegang pesakit yang dirasuk atau sebagai pendinding untuk persediaan mempertahankan diri.
Kaedahnya;
1- Melaksanakan seluruh perintah Allah dan Rasul
2-Tidak melakukan dosa dan Maksiat
3-Melakukan banyak amal ibadah dengan ikhlas seperti membaca al-Quran,solat berjemaah,solat malam dsb.
4-Membaca al-Fatihah, ayatul kursiy dan surah al-Ikhlas,al-Falaq dan al-Nas (3 Qul) diulang sebanyak 3 kali sebelum tidur.
5-Mengamalkan ayat yang ke 115-118 surah al-Mu'minun setiap kali selepas bersolat.
6-Mengamalkan "ruqyah Jibril" iaitu doa jibril yang diajar kepada Rasul s.a.w ketika malam Isra' Mi'raj iaitu ;
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ الَّتِي لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بَارٌّ وَ لاَ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِي الأَرْضِ وَ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَ مَا يَعْرُجُ فِيْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَ مِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ
Di manakah jin tinggal
Kita sering mendengar tentang kewujudan jin di sesuatu tempat yang dipanggil orang sebagai kawasan "keras" atau kata orang jawa "angker".
Jin sudah lama menghuni di atas muka bumi ini. Tempat-tempat yang disukai oleh makhluk ini ialah ;
Tempat-tempat sunyi dan yang telah ditinggalkan.
Tempat lapang seperti padang.
Tempat bernajis seperti tandas dan tempat najis-najis binatang yang sudah kering.
Tempat kotor seperti sampah.
Kubur-kubur.
tempat-tempat maksiat dan yang melalaikan seperti disko, pesta-pesta dan pasar.
Jenis-jenis Sihir
Jenis-jenis sihir terlalu banyak, antaranya;
1-Sihir pisah, sihir yang pertama sekali wujud yang dipelajari oleh penduduk Babil seperti menceraikan suami isteri, ayah dan bapa dan sebagainya.
2- Sihir sakit seperti memberi sakit kepada mangsa.
3- Istihadhah, seperti "bleading".
4- Permusuhan dan rasa benci.
5- Kunci mulut
6- Menimbulkan tuduhan
7- Pembusung
8- Pelumpuh
9- Penghalang nikah.
10-Pengkhayal.
11-Menakut-nakutkan.
12-Mengwas-waskan
13-Menghantar suara-suara ghaib
14-Penghalau
15-Penghalang pasangan.
16-Penggugur janin
17-Pelemah dan penunduk.
Sejarah Kewujudan Sihir
Munculnya ilmu ini ketika dua malaikat iaitu Harut dan Marut di Babil (sila rujuk dalam surah al-Baqarah:102).Ketika itu syaitan sedang membongkar bahawa Nabi Sulaiman yang mengajar sihir dengan memfitnah beliau menyimpan mentera tersebut di bawah kerusinya.Orang babylon pada masa itu sedang sibuk menggunakan ilmu sihir dan mereka menyembah bintang-bintang dan mempercayai bahawa ia mentadbir urusan alam ini. Sekiranya mereka menyembah untuk memohon hajat atau berlindung dari bala mereka akan membaca mentera dan menggunakan asap sebagai "perantaraan". Tangkal dan azimat juga digunakan untuk tujuan tersebut.Sihir diibaratkan seperti nafas yang keluar dari paru-paru yang dirasai oleh orang yang bernafas itu sendiri walaupun ia tidak melihatnya. Ilmu ini akan bergerak cergas pada waktu penghujung malam sehingga waktu subuh. Orang Arab menamakan sihir sebagai "rahsia yang menyakitkan"kerana ia memberikan kesakitan tetapi tidak dapat dilihat.Perbuatan menyihir mengandungi dua dosa yang besar iaitu syirik dan memudharatkan atau membunuh orang lain.Ianya diantara salah satu dari 7 dosa-dosa besar yang disebut oleh Rasulullah s.a.w
PEMIMPIN-PEMINPIN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
1. Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
2. Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
3. Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
4. Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI.
Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
Nama-nama Jin dan Sifat-sifatnya
Kata Ibnu Abdil Baar, Menurut ahli Kalam dan ahli bahasa, jin mempunyai nama-namanya mengikut peringkat-peringkatnya;
Sekiranya ia hanyalah seekor jin maka namanya "jin" di dalam bahasa arabnya "jinniy".
Sekiranya ia tinggal bersama manusia mereka menggelarnya " 'Aamir".
Sekiranya ia menjelma di hadapan kanak-kanak mereka memanggilnya " Ar waah".
Sekiranya ia menjadi jahat mereka memanggilnya "Syaitan".
Sekiranya ia bertambah mengganas dan kuat mereka memanggilnya " Ifriit".
Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
Al-Afrit - Penipu-penipu
Al-A'waan - Pelayan-pelayan
Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
Al-Qurana - Pengawan-pengawan
Al-Ummaar - Pemakmur.
Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA
ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )
MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segalaapa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
Selain itu menurut dalam kitab Israeliat:
1. Hudais tugasnya: menyesatkan para ulama pada hawa nafsunya
2. Hudavis tugasnya : menganggu orang yang sedang solat tidak pada awal sholat tetapi ketika menjaga surah Al-Fatihah dan surah sesudahnya. Ketika iblis menganggu pada bacaan sholat dan rakaatnya, pada saat ragu surah Al-Fatihah sudah/belum dibaca, maka bacalah lagi.
3. Jalbanur tugasnya : mengganggu orang yang ke pasar untuk berdagang dengan tidak jujur. Membuat pengunjung betah berlama-lama di pasar.
4. Biter tugasnya : datang kepada orang yang kena musibah untuk membisikkan orang agar suudzon terhadap Allah. Padahal musibah yang kita terima adalah akibat alur perbuatan sendiri.
5. Mansud keturunan iblis : yang ditugaskan untuk memfitnah dan mengadu domba permusuhan.
6. Dasim tuganya : menimbulkan semangat melakukan perzinahan di antara umat Muhammad.
7. Ahwal tugasnya : membisikkan para pejabat untuk melakukan rasuah
Jin mempunyai golongan-golongannya
menurut hadis Rasulullah s.a.w iaitu ;
Satu kumpulan yang terbang di udara
Golongan yang menyerupai ular dan anjing
Golongan yang tinggal setempat dan berhijrah.
Jin Muslim dan Kafir
Firman Allah dalam surah jin ayat 14, maksudnya ;
"Sesungguhnya dari kalangan kami ada orang-orang yang taat dan ada pula orang-orang yang menyimpang dari kebenaran..."
Firman Allah dalam surah Jin ayat 11 ;
" Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan ada yang tidak demikian.Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza".
Dalam kedua-dua ayat di atas Allah telah menerangkan bahawa jin ada yang berugama Islam dan tidak Islam,malahan di kalangan yang islam pun ada yang fasiq dan menganut berbagai fahaman dan mazhab. Ertinya di kalangan meeka ada ahli Sunnah dan Syiah, Muktazilah, Jabariyyah dan mengikut berbagai-bagai jenis Tariqat sufi.
Adakah Ular Jelmaan Jin?
Rasulullah s.a.w melarang kita membunuh ular yang masuk ke dalam rumah kecuali ular yang dijumpai di luar rumah dibenarkan untuk dibunuh kerana ia berbisa dan berbahaya. Sekiranya ada terdapat seekor ular di dalam rumah maka jangan dibunuh tetapi memadailah dihalau dengan menyatakan : "Keluar engkau dari rumah ini kalau tidak aku bunuh engkau".Sekiranya ia masih didapati selepas 3 hari barulah dibunuh. Sebabnya kalau ia keluar itu menandakan ia jin Islam sekiranay tidak keluar kemungkinan dua sebab :
1- Barangkali ia adalah ular biasa.
2- Barangkali juga ia adalah ular jelmaan jin kafir maka ia layak dibunuh.
Ahli Sihir
Syaitan atau jin akan menyuruh manusia menjadi hambanya dengan menuruti perintahnya.Ini bererti manusia telah menjadi hamba dan khadam syaitan atau jin dan bukan sebaliknya sebagaimana yang selalu kita dengar.Antara syarat-syarat makhluk terkutuk ini untuk membantu tukang sihir atau dukun ialah ;
1- Mengenakan perjanjian khusus untuk menjaga rahsia bahawa ia telah bersekutu dengan syaitan atau jin.
2- Berpuasa secara khusus untuk syaitan tersebut dan bertaqarrub (menghampirkan diri) kepadanya melalui ibadat tersebut bukannya kerana Allah.
3- Menyembelih untuk syaitan dan berniat serta menyebut namanya.
4- Menulis ayat al-Quran dengan najis spt darah haid,darah burung yang tertentu dsb atau menulisnya secara terbalik.
5-Tukang sihir tidak bersuci badan dan bajunya.
6- Mengoyakkan mushaf, meletakkannya di tapak kasut dan membawa ianya ke dalam tandas.
7- Berpakaian yang bernajis dan terbalik
8- Bersuci dengan air susu dan memijak al-Quran dengan tapak kasut
9- Berzina dan menulis ayat al-Quran secara terbalik dengan air najis.
10- Membuat tangkal yang dibaca oleh jin kepada tukang sihir dan ditulis dengan air mani zina.
11- Membuat pertemuan dengan makhluk tersebut di tempat dan waktu yang tertentu.
PERINGATAN : "Kerja sihir adalah kufur dan Tukang sihir adalah kafir".
Catatan oleh muallij pada jam 9:13 PTG Labels: Sihir
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar