MANDI
LIMAU
Sebelum
mempelajari Silat, setiap murid jika perlu dimandikan dengan istilah Mandi
Limau. Jenis limau adalah jenis Limau Purut, bukan limau purut yang dibeli di
kedai atau pasar, tetapi hendaklah dipetik dari pokok limau purut pada
waktu awal pagi ketika matahari betul betul terbit. Petuanya ialah, memetik
limau purut yang mengadap pada matahari terbit, dan di bacakan selawat tiga
kali dan memberi salam kepada Nabi Khidir dan Nabi Ilyas.
Petuanya
seperti berikut:-
a) Memetik
limau purut mengadap matahari terbit diawal pagi hari, sebaik baiknya pada hari
Jumaat
b)
Memerlukan sekurang kurangnya 3 biji limau, jika tiada , boleh sahaja satu biji
kerana mandi sebagai syarat sahaja
c) Membaca
Selawat 3X
Memberi salam kepada Nabi Khidir dan
Nabi Ilyas
d)Mula
sahaja memetik, haruslah membacakan ini,
Assalamualaikum
langit
Assalamualaikum
Bumi
Maka
teruskan memetik
Limau itu
dipotong empat belah tanpa putus dan tanpa memotong urat limau, yakni bermaksud
memotong dari atas yaitu bermula dari arah tangkainya.
Limau
tersebut diperah sedikit sahaja sambil membaca;-
Al
Fatihah.....................1X
Al
Ikhlas......................1X
An-Nas.........................1X
Al-Falaq.......................1X
Selawat........................1X
Air
tersebut dibuat mandi, sementara ketika sedang mencurahkan air mandian limau
purut itu, hendaklah meminumkan sedikit air mandian itu sekadar perasa. Setelah
habis sudah mencurahkan air mandian tersebut, petuanya ialah menyapukan air
mandian dengan kedua belah tapak tangan keseluruh tubuh badan sekadar yang
termampu.Sesudah itu, jangan dilapkan air mandian, biarkan kering dengan
sendirinya. Satu larangan ialah, mandi biarlah memakai kain basahan.
Ada juga
guru memberi kita memakan cubitan garam yang telah dijampikan supaya lidah kita
masin (mengikut kata Guru). Bacaannya adalah sama dengan mandian tersebut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar